betul ke lelaki kalau majuk cam nie...
kalau pikir2 kan balik...
mmg ada pun lelaki cam nie kan....
hihihihihihihihihih
a) Diam Seribu Bahasa
* Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya,
dia hanya mengiayakan / dia anggukkan kepalanya je. Dia sikit pun tak akan
layan kita seperti sebelum ni. Jika benda ni berlaku sah lah tu dia merajuk
dengan kita.
b) Buat Tak Tahu
* Dia akan buat tak tau denagn kita. Jika kita minta tolong dengan dia
seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je.Paling teruk, dia
buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang
paling teruk sebab ia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita
ni tak wujud.
c) Menolak Untuk Makan Bersama
* Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face
dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu,saya kenyang
lagi la..lagipun,saya dah makan denagn kawan saya tadi"
d) Masam Muka
* Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak
cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon.
Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je!
e) Baca Surat Khabar
* Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca
banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang
mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.
f) Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
* Dia akan tengok tv tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan
rancangan kegemaran dia. Mata dia di tv tapi hatinya ke lain. Kita kena
peka beb!
g) Keluar Rumah Tanpa Beritahu
* Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu
kononnye. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana
conferm dia akan buat dek je!
h) Matikan Telefon Bimbit
* Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya
tengah marah. Untuk mengelakkan kita menggangu dia, dia akan matikan
telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak
mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa,bila dah
rindu call jugak last-lastnyer..hehe...
No comments:
Post a Comment