Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Monday, March 25, 2013

review set bersalin tanamera

hari ini nak review pasal set bersalin.. masa dalam pantang tu aku guna set bersalin tanamera. sebab ape aku pilih set ini? sebab ianya adalah JAMUless.. so saye sukeee....

set bersalin ini antara barang yang mahal dalam checklist bersalin aku aritu. masa mule2 cakap kat asben pasal ni tekejut beruk die dengar harge.. siap tanye boleh kurus ke? eh bini awak ni takde la gemuk mane pun ok.. huhu.. so lepas beberape kali aku sebut pasal ni die pun setuju. die tanye kat mane nk beli.. so aku pun cakap ada kat on9 dan kat kedai pelakon dynaz tu je. DNA (dynaz nursing attire).. harga 1 set ni RM360.. amount yang agak besar bagi aku dan aku tak ckup berani nak beli on9 bile melibatkan amount yg besar2 ni. so dengan rela hati asben pegi belikan kat DNA tu...

dalam set ni ade 11 item..

sumber google



1.mintak kelapa dara
2.sabun mandi herba
3.herbal massage oil
4.air bunga lavendar
5.bengkung
6.teh herba
7.pilis
8.tapel
9.lulur badan herba
10.herbal pembersih wanita
11.herba mandian


minyak kelapa dara

 minyak kelapa dara ni aku guna kat kawasan perineum. camne urutan perineum? sila google sendiri.. i malu nak explain u.. auwwwww.. hahaha gedikk okey.. tujuan urutan perineum tu adalah untuk mempermudahkan baby keluar dan melembutkan kawasan di sekitar supaya kurang jahitan.. dan alhamdulillah aku mengamalkan urutan ni dan total jahitan pun sedikit... i loveeee it...

sabun mandi herba

 sabun mandi herba ni sangat best. sampai mak metue pun teringin nak pakai.. siap orderkan mintak tolong belikan. hoho.. sabun ni berkesan untuk menghilangkan kesan-kesan hitam di kawasan2 celah seperti di celah ketiak, celah peha dan sebagainya... 


herbal massage oil

 gune minyak ni untuk lenguh2 badan.. ye ibu mengandung slalu lenguh2 badan ok.. bau pun best...


air bunga lavendar
 untuk menenagkan fikiran ibu mengandung. spray sebelum tidur dan tidurlah dengan selesa...



bengkung

 i love this bengkung to the maxxxxxxx.. encik suami gigih nk balut aku dengan bengkung ni.. kadang2 aku dh tertidur pun die kejut nak pkaikn bengkung.. terharu noksss... mil pun suke.. siap nk pakai lg tu... huhu


teh herba
aku suke minum teh ni.. badan org dalam pantang kan sejuk so bile minum teh herba ni rase nyaman je..

pilis dan tapel mak yang tolong bancuh dan sapukan kat badan aku.. ohh rase sangat disayangai.. *muntohh


overall aku sangat berpuas hati dengan set bersalin tanamera.. untuk next baby?? ohh akan dipikirkan kemudian.. hohhooh




Monday, March 18, 2013

perlu ke suami ada semasa kita bersalin

jawapannya YA... ok amik kau huruf besar sekali aku bagi.. maksudnya sangat penting ok..bagi aku la..

sebabnya suami ada peranan yang perlu dilakukan semasa di dalam LR. antara tugas2 yang suami daku buat ialah:

1- menekan kepale lutut daku sebab takut aku terangkat punggung.. sila jangan angkat punggung kalau anda tidak mahu jahitan yang banyak ok..

2-menutup mulut daku takut lalat masuk supaya aku meneran di bahagian bawah bukan meneran di mulut... sila belajar teknik meneran yang betul.. praktis make perfect.. cewahh

3-menyokong bahagian belakang daku.. memberi support di bahagian belakang badan supaya senang kita memegang buku lali..

4-bekerjasama dgn doktor menjadi pompom girls... hahaha.. dalam erti kate lain pemberi semangat uolls... "papa tengok ni dah nampak rambut baby kan" kate doktor.. lantas suami pun bekerjasama dengan doktor. "boleh dah tu..sikit lg..rambut dah nampak dah tu"

5-supaya suami dapat merasai saat-saat kehadiran baby fresh dari oven... hahaa.. tapi plz plz plz pastikan suami anda tidak mabuk darah ok.. alhamdulillah suamiku tidak mabuk darah..

6-senang untuk terus mengazankan baby setelah si kecil lahir. macam mase aku dulu lepas baby dibersihkan doktor terus bagi kat untuk diazankan mase dalam LR lg..

7-lebih sangat amat menghargai anda--gitewww aku over hahaha.. just after baby safely 'arrived' he kiss my forehead and say thanks.. mak terkedu and terharu nokss...oh sorry tersensored...





sumber google

kesimpulannya suami adalah penting di sisi isteri ketika isteri nak bersalin.. temankanlah dan beri kata2 semangat untuk die berjuang..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails