Tuesday, April 28, 2009

jatuh cinta lg..


hahah mst korang terkejut kan bace tajuk tu..saje je bikin gempak..xdek pape pon..mase tgh surfing2 td terjumpe 1 artikel about "tanda2 jatuh cinta"..sound interesting 4 me..ahakss.. jom bace same2..

1. Sukar melelapkan mata
Biasanya anda jarang mengalami masalah untuk tidur. Kali ini, sejak bertemu dan berkenalan dengannya ingatan anda kepada si dia kian menebal hingga mengganggu tidur anda.

2. Perasaan sentiasa berdebar
Perasaan anda sentiasa berdebar-debar jika bertembung dengan si dia di
jalan. Malah anda jadi kelam kabut dan menggelabah apabila dia menghampiri
anda.

3. Suka ambil tahu
Anda semakin berminat untuk ambil tahu tentang latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan sering bertanya tentang si dia dari kawan-kawannya.

4. Resah gelisah
Hati anda merasa resah dan gelisah bila si dia tidak kelihatan. Anda tercari-cari kalau-kalau terlihat kelibat bayangnya.

5. Dihinggapi cemburu
Anda mula merasa cemburu bila si dia berbual dan melayan kehadiran oranglain sekalipun kawan-kawannya. Ikutkan hati anda, biarlah dia berbual dan melayan anda seorang. Sikap anda itu ketara kelihatan sehingga disedari kawan-kawan anda sendiri.

6. Hobi baru, termenung
Bila tidak melakukan sesuatu, anda segera termenung. Fikiran anda jauh melayang dan pancaindera anda tertutup untuk menyedari hal-hal yang berlaku disekeliling anda. Di mata anda terbayang-bayang wajah si dia dan anda berada disampingnya.

7. Dating
Ada sahajaalasan anda ajukan kepadanya untuk berjumpa. Kemudian secara terang, anda tawarkan keluar bersama. Kesempatan yang terluang atau di hari cuti pasti anda habiskan untuk dating. Kadang-kadang anda buat temujanji lagi di waktu malam sekalipun baru petang tadi anda berdua sudah berjalan-jalan. (cari nahas)

8. Rindu.Anda tidak dapat mengawal perasaan.
Setiap saat mengingati si dia, bagaikan terdengar suaranya sayup-sayup di telinga. Apapun yang dipandang akan mengingatkan anda kepada si dia. Anda ingin berjumpa dan melihat wajahnya.

9. Bergayut di telefon

Sekalipun bayaran telefon mahal, anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam sehingga terjejas masa tidur anda hanya untuk berbual kosong dengan si dia. Anda tidak peduli kalau bil meningkat atau perlu beli kad telefon
banyak-banyak. Yang penting dapat dengar suaranya untuk melepaskan rindu.
Lagipun anda baru lena tidur setelah mendengar suara si dia.

10. Berubah citarasa

Kehadiran si dia berjaya mengubah citarasa anda tentang pelbagai perkara. Sejak kebelakangan ini, anda lebih berminat untuk menghayati senikata lagu-lagu berirama sentimental yang bertemakan percintaan. Sebelum ini anda lebih gemar mendengar irama rock, heavy metal dan hip hop.


hahah so camne?? ade ciri2 tu sume ker?ha sah la anda dilamun cinta..ngeh3...nasihat aku..
Dont't wait until it's too late to tell someone how much u love, how much u care... ;p(macam doktor love plak)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails